Tarikh : 15-16 Ogos 2025 (Jumaat-Sabtu)
Lokasi : Kampung Kuala Nyalau, Samalaju Bintulu Division.
Pegawai NREB Terlibat : NREB Bintulu, EED Division NREB Sibu Divisional, EED Division dan CAU Division HQ
Aktiviti-aktiviti seperti berikut:
1. Program Pembersihan Pantai (Beach Cleaning) Pantai Kuala Nyalau (15.08.2025)
Dengan penglibatan penduduk kampung Kuala Nyalau, Bintulu District Authority (BDA), tenaga khas daripada Press Metal Bintulu dan OCI TerraSus, keseluruhan seramai 100 org sukarelawan telah terlibat dengan aktiviti pembersihan pesisiran pantai berskala sederhana di Pantai Kuala Nyalau.
2. Ceramah Kemasyarakatan (16.08.2025)
Tiga sesi ceramah telah dijalankan merangkumi aspek-aspek yang cukup sinonim dengan situasi persekitaran Kampung Kuala Nyalau. Sesi ceramah cukup menerima respon yang memberangsangkan daripada peserta yang hadir:
a. Peranan NREB dalam Pengurusan Alam Sekitar: Pendedahan kepada "Illegal Open Burning" disampaikan oleh AECO Azizi bin Jasenu dari NREB Bintulu
b. Peranan NREB dalam Pengurusan Alam Sekitar: Kualiti Air disampaikan oleh AECO Kartina binti Kasoma dari NREB HQ
c. Program 3M Buaya ( Mengenali, Memahami & Memulihara) disampaikan oleh Pn Lata dari Sarawak Forestry Corporation (SFC)
3. Pameran oleh agensi (16.08.2025)
Tiga pameran telah diadakan dengan tujuan memberi pendedahan secara langsung kepada komuniti setempat:
a. Pameran NREB: penerangan kepada peranan NREB dalam sektor penjagaan alam sekitar peringkat negeri Sarawak.
b. Pameran SFC: pengenalan flora fauna terutama sekali yang mudah didapati di persekitaran Samalaju.
c. Pameran BDA: pendedahan kepada cara pengurusan sisa pepejal dan pendedahan kepada rabies.
4. Pertandingan Mewarna “Cilikku Ceria Cha-Cha” (16.08.2025)
Pertandingan mewarna terbuka kepada semua kanak-kanak dari kampung Kuala Nyalau dan komuniti setempat telah diadakan dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.
5. Majlis Pelancaran (16.08.2025)
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Majang Anak Renggi Yang Berhormat Dato Majang anak Renggi Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Pelabuhan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.70 Samalaju", turut dihadiri oleh Pejabat Residen Bintulu, Pejabat Daerah Bintulu, barisan Penghulu dan Ketua Kampung serta Ketua Masyarakat setempat, Pegawai Press Metal Sdn Bhd dan Pegawai OCI TerraSus sebagai penyumbang sepanjang program, Pegawai SFC, Pegawai BDA, barisan sokongan dari Sekolah Kebangsaan Kuala Nyalau, barisan fasilitator dari NREB HQ, NRE Bintulu dan NREB Sibu, serta rombongan peserta dari Kampung Kuala Nyalau, Kampung Tengah Nyalau, dan Kampung Ulu Nyalau. Secara total yang hadir adalah 200 orang.
6. Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai (16.08.2025)
Telah berlangsung satu kempen pengumpulan minyak terpakai dengan kerjasama kontraktor Timuran Kembangan dari cawangan Sibu, dengan keseluruhan minyak terpakai yang telah terkumpul adalah 807.5 kg
Laporan oleh Mohammad Norazry bin Sulaiman



