Lawatan Akademik Pelajar Kedoktoran Kesihatan Awam, UNIMAS ke NREB
Posted on 12 Aug 2025
Source of News: NREB
Kuching 11 Ogos 2025 Isnin - Seramai 11 pelajar Kedoktoran Kesihatan Awam dari UNIMAS yang sedang menjalani latihan sangkut di Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan dan Kuching telah mengadakan lawatan akademik ke NREB. Tujuan lawatan adalah untuk memenuhi keperluan akademik berkaitan pengurusan alam sekitar dalam konteks kesihatan awam. Pelajar telah diberi taklimat oleh CAU dan NREMD mengenai peranan serta tadbir urus NREB, serta pendedahan kepada kaedah dan prosedur pelaksanaan EIA.
