Serian 1 Aug 2025 Jumaat - Majlis Pelancaran Kelab PALS di SK Semukoi telah berjaya berlangsung dengan sokongan PPD Serian. Seramai 72 murid, 10 guru, 16 wakil PIBG telah terlibat dlm majlis tersebut. Ceramah bertemakan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) telah diberikan untuk meningkatkan semangat cinta dan prihatin terhadap alam sekitar. NREB-EED dan NREB Kuching telah terlibat dalam majlis ini.
