Lundu 2 Ogos 2025 Sabtu - NREB-EED telah dijemput untuk memberi ceramah di program "Climate Resilience Begins With You" bertempat di Balai Raya Kampung Paun, Lundu pada 2 Ogos 2025, Sabtu. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti luar bandar tentang perubahan iklim serta memperkenalkan pengurusan sumber asli, amalan lestari dan konsep penyesuaian dan pengurangan impak alam sekitar. Kumpulan Sasaran adalah penduduk Kampung Paun, Lundu. Dianggarkan seramai 50 wanita penduduk kampung telah hadir. Antara aktiviti-aktiviti yang berlansung adalah i. Ceramah berkaitan topik "Amalan Lestari di Komuniti Luar Bandar", ii. Ceramah berkaitan topik" Kitar Semula & Amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan iii. Perkongsian demo membuat lilin dan sabun menggunakan minyak masak terpakai. Majlis ini telah dianjurkan oleh Persatuan Social PurpleLily Kuching. Kakitangan NREB yang terlibat - ECO Mohamad Hanafi, AECO Kartina, SEA Mohd Syahir, EA Mohd Sayuti dan PK Madzlan.
Laporan oleh ECO Mohamad Hanafi