NREB perkukuh integriti, 10 juru runding alam sekitar tandatangan Ikrar Integriti

Posted on 10 Jul 2025
Source of News: TVS
oacp

Kuching 9 Julai 2025 Rabu  - Sebanyak 10 syarikat perunding alam sekitar menzahirkan komitmen terhadap tadbir urus yang telus dan beretika apabila menandatangani Ikrar Integriti bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, hari ini.

Ikrar berkenaan merupakan sebahagian inisiatif sempena Hari Integriti dan Inovasi NREB 2025, sebagai usaha memperkukuh akauntabiliti dalam pelaksanaan projek berkaitan alam sekitar di negeri ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, komitmen terbuka itu memperkukuh keyakinan orang ramai terhadap NREB dan semua pihak berkepentingan dalam pengurusan sumber semula jadi.

“Maklumat yang tepat pasti akan membina kepercayaan rakyat kepada kerajaan, selain dapat memastikan tindakan kita semua telus dan berintegriti.

“Tidak ada ruang untuk salah guna kuasa dan semua pihak mesti diseru untuk berani menegur dan melaporkan sebarang salah laku tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya ketika merasmikan majlis berkenaan di sini, hari ini.

Antara syarikat perunding yang menandatangani ikrar ialah Chemsain Konsultant Sdn Bhd, Ecosol Consultancy Sdn Bhd, EMS Progress Sdn Bhd dan Envisar Sdn Bhd.

Hari Integriti dan Inovasi NREB 2025 turut menampilkan ceramah anti rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ceramah antidadah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta pembentangan inovasi oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sektor awam. - TVS


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 21 Jul 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Polls