NREB capai 93.66 peratus pelaksanaan OACP sehingga Mei 2025

Posted on 10 Jul 2025
Source of News: TVS
oacp

Kuching 9 Julai 2025 Rabu - Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya melaksanakan 93.66 peratus inisiatif di bawah Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) NREB 2021-2025 versi semakan semula sehingga Mei 2025.

Menurut Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Datu Jack Liam, inisiatif yang dilaksanakan merangkumi aspek penguatkuasaan dan perundangan, tadbir urus alam sekitar, kewangan, perolehan serta pentadbiran.

“Pelan OACP ini akan disemak semula pada tahun ini selaras dengan pekeliling integriti negeri Sarawak Bilangan Satu tahun 2024 yang mewajibkan penubuhan jawatankuasa tatakelola disemua peringkat bagi memantau, menilai dan memastikan keberkesanan pelaksanaan OACP secara sistematik.

“Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus dan budaya kerja berintegriti di peringkat negeri ini termasuk penilaian semula pelan, pengesanan isu kelemahan tadbir urus serta cadangan penambahbaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Hari Integriti Dan Inovasi Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak 2025 di Dewan Jamilah Yayasan Sarawak di Kuching pada Selasa.

Tambahnya lagi, NREB juga sedang menuju ke arah Pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) dengan beberapa inisiatif telah diambil untuk mencapai tujuan tersebut seperti taklimat perkongsian pelaksanaan ABMS dengan agensi yang telah pun mendapat pensijilan serta lawatan penanda arasan ke agensi-agensi yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat dan amalan terbaik dalam memperkukuh pelaksaaan ABMS di NREB.

Pada versi semak semula sehingga September 2024, NREB mencatat capaian pelaksanaan OACP NREB 2021-2025 sebanyak 74.53 peratus. – TVS


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 21 Jul 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Polls