Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula, Elektrik/Elektronik dan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai serta Sumbangan Pakaian Terpakai, Batu Kawa, Kuching
Posted on 13 Jul 2025
Source of News: NREB
Kuching 12 Julai 2025 Sabtu - Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula, Sisa Elektrik/Elektronik dan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai serta Sumbangan Pakaian Terpakai dengan kerjasama pelbagai Agensi dan NGO’s - Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Alam Sekitar (JAS), DNS Waste Management Sdn.Bhd., Kim Huang Enterprise dan Tzu Chi Foundation Kuching. Aktiviti ini telah berlangsung di Tempat Parkir, Hadapan Hope Church, Jalan Dogan dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari.