Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar SJK (C) Su Tak, Sarikei
Posted on 15 Jul 2025
Source of News: NREB
Sarikei 14 Julai 2025 Isnin - Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar SJK (C) Su Tak 2025 di Dewan Serbaguna, SJK (C) Su Tak, Sarikei. Antara aktiviti-aktiviti majlis adalah Persembahan Nyanyian Lagu Hijau, Ucapan perasmian dan gimik pelancaran Kelab PALS SJK (C) Su Tak, Taklimat dan tayangan video bagi memberi sedikit perkongsian dan pendedahan tentang tujuan dan matlamat NREB dan sejarah Kelab PALS kepada warga sekolah, Penyampaian hadiah kepada murid yang mengkuti Pertandingan Mewarna Bertema 'Teknologi Hijau" peringkat sekolah Tahun 2025 dan Bacaan Ikrar Alam Sekitar oleh pelajar-pelajar. Seramai lebih kurang 50 orang pelajar dan 11 orang guru telah hadir. Pegawai NREB yang terlibat - ECO Ezzah dan EA Shahdan.