Miri 14 Jun 2025 Sabtu - Majlis Penutupan bagi Bengkel Pendidikan Alam Sekitar untuk pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) di IPGKS telah berjaya berlangsung pada 14 Jun (Ahad). Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Sebastian Ting Chiew Yew selaku Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan 1, Datu Jack Anak Liam selaku Controller Kualiti Alam Sekitar dan Dr. Hajah Noraini binti Haji Omar selaku Pengarah Institut Pendidkan Guru Kampus Sarawak (IPGKS). Turut hadir bersama, DC(O) Puan Penny, Puan Marinni dan Puan Mary dari Ibu Pejabat NREB serta Cik Weety dari Pejabat NREB Miri. Dalam ucapan oleh tetamu kehormat, beliau telah memberi penekanan tentang pemelihraan alam sekitar dan sokongan padu terhadap penubuhan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di IPGKS.
Dilaporkan oleh Ng Kai Ning