Pada 19 Mac 2025, pihak ICTD telah dimaklumkan oleh pihak SAINS Sdn. Bhd. berlaku transaksi jaringan yang dicurigai atau tidak normal berlaku di salah satu komputer di ibupejabat NREB. Perkara ini telah diatasi dan ianya berpunca daripada pengunaan perisian-perisian yang tidak sah (illegal software).
Sehubungan ini, pihak ICTD dengan tegas melarang semua kakitangan NREB tidak mengunakan atau memasukkan (install) perisian-perisian yang tidak sah kedalam komputer atau komputer riba milik jabatan. Semua kakitangan NREB dinasihatkan agar sentiasa mematuhi Dasar Keselamatan ICT Negeri.
Khas kepada kakitangan NREB, sekiranya berlaku perkara-perkara yang dicurigai berlaku di komputer atau komputer riba milik pejabat, sila hubungi pihak ICTD dipautan berikut:
https://shorturl.at/HQG4s
Sekian, Terima kasih.
MOHD. RUDY TUKIRIN
ACIO / Webmaster
Seksyen Penyelenggaran dan Operasi
Bahagian ICT, NREB Sarawak