EVENT POSTPONED "KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIKAL DAN ELEKTRONIK (BEE) 2021"

Posted on 16 Apr 2021

(in Bahasa Malaysia version only)

KENYATAAN MEDIA

Jawatankuasa Pengelola Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) 2021 mengambil maklum akan perkembangan terkini penularan jangkitan Covid-19 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

 

Sehubungan dengan itu, mengambil kira nasihat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak maka diumumkan bahawa Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) 2021 yang dijadualkan pada Sabtu hingga Ahad, 17hb – 18hb April 2021 di Dewan Masyarakat MBKS, Jalan Padungan, Kuching DITANGGUHKAN ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Sekian.

LEMBAGA SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NREB) SARAWAK
(Jawatankuasa Pengelola Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik)

16 APRIL 2021

 

Quick Link