EN  | BM
slide_5c8766bd24d27.jpgslide_5c872ea4257e7.jpgslide_5c52ae2b0bc1c.jpgslide_59814e78f20d3.jpgslide_5940aa6109b03.jpg

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | PDPA

 

Best viewed with Mozilla Firefox, Google Chrome and Microsoft Edge.

Copyright All Right Reserved © 2016 Natural Resources and Environment Board Sarawak

online visitor Online Visitors 69
total visitor Total Visitors 3,217,507
Last Update: 24 Mar 2019
Version 8.2.0a

(Bahasa Malaysia only)



LEMBAGA SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR, SARAWAK
(NATURAL RESOURCES AND ENVIRONMENT BOARD, SARAWAK)


IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan ditutup bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

Skim Perkhidmatan : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
                               1 Kekosongan – Ibupejabat, Kuching

Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Gred Jawatan/Gaji : Gred W19

1. Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1353.00); atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40); atau

iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdaganagn Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80); atau

v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80)

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji mínimum W19 bolehlah ditetapkan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Sarawak berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

4. Taraf Jawatan : Jawatan Berasaskan Caruman

5. Tempoh Percubaan : 1 hingga 3 tahun

6. Pengesahan Dalam : Calon-calon yang dilantik adalah layak disahkan dalam Perkhidmatan perkhidmatan apabila telah:

i) Memenuhi tempoh percubaan;
ii) Hadir dengan jayanya Kursus Induksi serta lulus peperiksaan awam yang telah ditetapkan; dan
iii) Diperakukan oleh ketua perkhidmatan.

7. Pergerakan Gaji Tahunan : Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh ketua perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

8. Cara-cara Memohon :

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonanan NREB/PJK/F2017 dalam satu salinan yang boleh didapati di Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, (NREB) Sarawak seperti berikut:

i) Ibupejabat -Tel: 082-319500; dan
ii) Pejabat Kuching -Tel: 082-365972

b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan satu keping gambar berukuran pasport hendaklah dihantar sebelum 31 Oktober 2017 kepada alamat seperti berikut:

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Sarawak
Tingkat 18-20, Menara Pelita
Petra Jaya 93050 Kuching
Sarawak


c) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak berkuasa Tempatan hendaklah membawa Surat Pengesahan daripada Ketua Jabatan semasa menghadiri temuduga nanti.

9. Perhatian

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklumbalas selepas tempoh tiga bulan dari tarikh tutup permohonan maka permohonan anda adalah tidak berjaya.