(Bahasa Malaysia only)
KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR (PALS) DAN PANDUAN MENULIS KERTAS CADANGAN
1.0 LATAR BELAKANG
Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) merupakan salah satu program pendidikan alam sekitar yang dijalankan secara berterusan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Ia telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak pada masa itu, iaitu YB Datuk Amar James Wong Kim Min, yang juga merupakan pencetus idea penubuhan kelab ini. Bermula dengan hanya 74 buah Kelab PALS sebagai ahli perintis pada tahun 1999 (44 buah sekolah rendah dan 30 buah sekolah menengah), kini keahliannya telah mencecah sebanyak 342 buah sekolah di seluruh Sarawak.
Sekolah-sekolah yang menyertai Kelab PALS diberi kelonggaran untuk mengadakan aktiviti-aktiviti dan projek kelab masing-masing dengan memfokuskan kepada usaha menjaga dan memulihara alam sekitar. Kelab ini berakar umbi sebagai penggerak bagi membantu para pelajar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan alam sekitar.
1.1 Matlamat Kelab PALS
Kelab PALS menekankan “kesedaran”, “kecintaan”, dan “amalan yang baik” (Aware, Love, Practice) terhadap alam sekitar. Oleh itu, matlamat penubuhan Kelab PALS adalah untuk menyemai kesedaran atau rasa prihatin dan cinta alam sekitar di kalangan para pelajar dan seterusnya menggalakkan tindakan positif mereka bagi melindungi dan meningkatkan kualiti alam sekitar.
1.2 Objektif Penubuhan Kelab PALS
i. |
Menyediakan struktur organisasi bagi para pelajar mendalami minat mereka dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. |
ii. |
Menggalak dan menunjuk arah kepada para pelajar tentang jenis aktiviti yang boleh dilakukan oleh mereka dalam menanam semangat cintakan alam sekitar; |
iii. |
Menyatukan pendidikan alam sekitar ke dalam sistem pendidikan negeri melalui aktiviti ko-kurikulum ; dan |
iv. |
Meningkatkan tahap kesedaran dan rasa tanggungjawab para pelajar serta warga sekolah terhadap pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar. |
2.0 FAEDAH DAN KEBAIKAN KEPADA SEKOLAH YANG MENYERTAI KELAB PALS
Banyak faedah dan kebaikan dapat dinikmati dan diperolehi, seperti:
i. |
Guru dan pelajar berpeluang untuk mengikuti program pendidikan alam sekitar anjuran NREB atau agensi-agensi alam sekitar berkaitan seperti bengkel Kelab PALS, Train-The-Trainers, program Eco-Camp (khemah alam sekitar), ceramah dan pameran alam sekitar; |
ii. |
Sekolah berpeluang untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan alam sekitar, misalnya poster, risalah, dsb, dari NREB atau agensi-agensi alam sekitar yang berkaitan; |
iii. |
Sekolah mempunyai peluang untuk mendapatkan bantuan seperti khidmat nasihat teknikal tentang projek alam sekitar yang dijalankan di sekolah; |
iv. |
Sekolah mempunyai lebih peluang untuk menyertai dan memenangi pertandingan atau anugerah alam sekitar, misalnya Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI), Anugerah Sekolah Lestari dan lain-lain pertandingan yang dianjurkan dari semasa ke semasa; dan |
v. |
Sekolah yang menubuhkan Kelab PALS mewujudkan persekitaran yang sihat, ceria dan kondusif untuk proses pengajaran-pembelajaran dan kesejahteraan warganya. |
3.0 PEMILIHAN AKTIVITI ATAU PROJEK YANG SESUAI
Mengambil keputusan dalam memilih aktiviti-aktiviti atau projek adalah merupakan langkah pertama dalam perlaksanaan aktiviti Kelab PALS. Disarankan agar aktiviti-aktiviti yang dipilih adalah praktikal dan sesuai dengan persekitaran sekolah. Berikut adalah panduan untuk mengenalpasti projek yang boleh dijalankan:
• |
Mengenalpasti masalah alam sekitar di sekolah |
• |
Bincang dan hasilkan satu pelan tindakan |
• |
Melancarkan pelan tindakan tersebut |
• |
Menilai keberkesanan pelan tindakan |
• |
Pamerkan peringatan atau kata-kata semangat untuk meneruskan budaya/amalan pelan tindakan yang telah dilaksanakan |
• |
Amalkan tabiat yang baik dan mesra alam selalu |
Antara perkara yang perlu juga dipertimbangkan adalah:
• |
Matlamat aktiviti/ projek (apa yang hendak dicapai); |
• |
Bilangan ahli dalam kelab; |
• |
Masa yang perlu untuk melaksanakan sesuatu projek/ aktiviti; |
• |
Mematuhi peraturan dan garis panduan di sekolah; |
• |
Jangka masa yang perlu untuk menyelesaikan sesuatu projek (tarikh siap); |
• |
Bajet atau jumlah peruntukan kewangan yang diperlukan; dan |
• |
Faedah yang diperolehi dari aktiviti/ projek tersebut. |
4.0 PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN AKTIVITI KELAB PALS
Kertas cadangan aktiviti harus mempunyai maklumat seperti berikut :
a) Muka Depan : |
b) Isi Kandungan : |
||
i. |
Nama sekolah |
i. |
Tema Alam Sekitar yang berkaitan |
ii. |
Nama guru pembimbing Kelab PALS |
ii. |
Objektif |
iii. |
No. telefon sekolah |
iii. |
Jumlah penyertaan |
iv. |
No. telefon guru pembimbing |
iv. |
Lokasi dan maklumat tentang aktiviti |
|
|
v. |
Tentatif program / Gantt Chart |
|
|
vi. |
Jumlah geran yang dipohon dan maklumat tentang cadangan penggunaan geran |
*Kertas cadangan yang lengkap harus disertakan dengan Borang Permohonan Geran Kelab PALS dan dihantar kepada pihak NREB
5.0 PEMANTAUAN
Pihak NREB akan memantau perlaksanaan aktiviti / program bagi geran yang diluluskan untuk memastikan keberkesanan aktiviti / program serta memberi khidmat nasihat teknikal yang sewajarnya. Pentadbiran sekolah akan dimaklumkan secara rasmi tentang lawatan pemantauan ini.
6.0 KESIMPULAN
Dengan adanya penubuhan Kelab PALS, adalah diharapkan aktiviti-aktiviti kelab sentiasa berterusan untuk memberi faedah yang optima terhadap warga sekolah bagi melahirkan generasi yang mesra alam yang seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam mengurus alam sekitar dan konservasi sumber asli ke arah pembangunan mapan di negeri Sarawak.