News & History

3000 Anak Pokok Ditanam Di Hutan Sabal Serian
Posted on : 10 Mar 2024  Source of News: UKAS
 

SERIAN: Sebanyak 3000 anak pokok telah ditanam di Hutan Sabal Serian pada Sabtu anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESty) Datuk Dr. Hazland Hipni telah berkesempatan menyempurnakan Program Penanaman Pokok Bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke- 30 NREB.

Dalam pada itu, Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak Jack Liam berkata dalam ucapannya, inisiatif penanaman pokok yang dijalankan merupakan satu langkah untuk memelihara alam sekitar tempatan

Tambahnya, ia juga merupakan sumbangan kecil NREB dalam usaha untuk mengurangkan kesan perubahan iklim serta menyejukkan bumi.

“Selain pokok berperanan membantu dalam penyerapan karbon dioksida dari atmosfera, pokok juga membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem dan mengurangkan kesan buruk pemanasan global,” katanya.

Selain itu katanya, NREB bukan hanya agensi penguatkuasaan bagi mengurus dan melindungi alam sekitar termasuk memelihara sumber semulajadi tetapi juga menyumbang tenaga untuk bumi tercinta.

Turut hadir merasmikan program tersebut ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak John Rampai dan Timbalan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Semilan Ripot. -EDISI UKAS

Quick Link