online visitor Online Visitors 14
total visitor Total Visitors 6,036,249
Last Update: 17 08 2022
The Official Website of
Natural Resources And Environment Board Sarawak
Perjumpaan Khas YB Dr. Hj. Hazland bin Abg. Hj. Hipni, Menteri Muda Tenaga & Kelestarian Alam Sekitar dengan Kakitangan Lembaga Sumber Asli dan Alam S
Posted on : 12 Jan 2022  Source of News: NREB Sarawak
 

Kuching, 11 Januari 2022 Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak telah mengadakan perjumpaan khas dengan YB Dr. Hazland bin Abang Haji Hipni, Menteri Muda Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak di Pejabat NREB, Tingkat 20, Menara Pelita, Petra Jaya, Kuching.

Semasa perjumpaan khas tersebut, YB Menteri Muda telah diberi taklimat oleh Controller Kualiti Alam Sekitar, Puan Peggy Ronin anak Edin. Taklimat tersebut merangkumi peranan dan fungsi NREB, isu-isu semasa berkaitan alam sekitar di Sarawak serta perancangan ke arah Matlamat Pembangunan Mapan 2030 (Sustainable Development Plan 2030).

YB Menteri Muda pada kunjungan tersebut menyatakan tentang keperluan untuk Negeri Sarawak membangunkan polisi yang merangkumi keseluruhan aspek alam sekitar seperti perubahan iklim, gas rumah hijau, perhutanan, penilaian sosial, pengurusan sisa pepejal dan pencegahan pencemaran.

Beliau juga turut menyarankan agar NREB akan lebih aktif bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan memandangkan kelestarian alam sekitar adalah tanggungjawab semua pihak.

 

Perjumpaan khas tersebut turut dihadiri oleh Tuan Justine Jok Jau Emang, selaku wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli dan Tuan Hamzah bin Mohamad, Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Sarawak.

Sumber:
Jonathan Manggah
Pegawai Penerangan NREB
Tel.: 082-319 506
E-mel:  jonathmi@nreb.gov.my