News & History

Youths are invited to participate in the competition “The Youth Green X-Change (YGXC) Best Writer Award and Best Speaker Award 2021"
Posted on : 23 Jul 2021  Source of News: https://sarawakvoice.com
 

(Bahasa Malaysia version only)

KUCHING: Golongan belia Sarawak diseru untuk menyertai pertandingan  “The Youth Green X-Change (YGXC) Best Writer Award dan Best Speaker Award 2021” yang akan dibuka mulai 23 Julai hingga 23 Ogos ini.

Kontroler Kualiti Alam Sekitar, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar  (NREB) Sarawak Peggy Ronin Edin berkata, menerusi pertandingan itu golongan belia dapat menyuarakan pandangan, cadangan dan idea mereka yang bakal membawa kepada perubahan terhadap alam sekitar.

Menurut beliau, para belia juga diminta berkongsi idea dan cadangan untuk menjadikan Sarawak hebat, bersih dan sihat seiring dengan matlamat mencapai negeri termaju menjelang 2030.

“Kami juga percaya golongan belia dapat menyumbangkan idea dari segi inovasi dan teknologi moden sekali gus dapat membantu Sarawak mencapai matlamat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya melancarkan program “YGXC Best Writer Award dan Best Speaker Award 2021” yang diadakan secara langsung menerusi Facebook, Angkatan Zaman Mansang (Azam) Sarawak, hari ini.

Sebagai rekod, pertandingan ini dibuka secara percuma kepada rakyat Sarawak yang berusia 15 hingga 30 tahun, untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan tersebut orang ramai boleh  melayari Facebook dan Instagram (YGXC Sarawak dan Azam Sarawak) atau Twitter Azam Sarawak.

Quick Link