News & History

Eco Camp Sekolah Rendah Peringkat Daerah Limbang di SK Batu Danau, Limbang
Posted on : 26 Apr 2024  Source of News: NREB
 

Limbang 26 April 2024, Jumaat - Eco Camp Sekolah Rendah Peringkat Daerah Limbang. NREB dengan kerjasama PPD Limbang, SK Batu Danau dan SK Nanga Medamit telah menganjurkan sebuah Eco Camp bermula 24 hingga 26 April 2024 bertempat di SK Batu Danau, Limbang.

Program ini telah melibatkan seramai 94 orang pelajar dan 20 guru daripada 11 buah sekolah di Daerah Limbang. Peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul alam sekitar sepanjang program berlangsung. Majlis Penutupan program telah disempurnakan oleh Puan Penny Sumok di SK Batu Danau Limbang dan turut dihadiri oleh wakil PPD Limbang dan guru besar - guru besar sekolah - sekolah yang terlibat.

Quick Link