Aktiviti Utama & Perkhidmatan

i) Seksyen Pentadbiran, Sumber Manusia & Kewangan

 

-

Pentadbiran Am yang terdiri daripada: pengendalian mel, fail dan pengurusan/penyelenggaraan aset dan kemudahan pejabat.

-

Belanjawan dan kewangan, termasuk penyediaan belanjawan tahunan, pembelian barangan dan perkhidmatan.

-

Perakaunan, termasuk penyediaan akaun tahunan, pengeluaran invois, pembayaran bil, pendaftaran amaun yang diterima, dan simpan kira.

-

Prosedur norma, prosedur yang terdiri daripada prestasi untuk organisasi. Pada masa ini, beberapa prosedur dalam NREB adalah menurut persijilan ISO dan lain-lain yang ditetapkan dari masa kesemasa.

-

Pengurusan Sumber Manusia, yang terdiri daripada gaji dan faedah, rekod kakitangan, pengambilan, rekod perkhidmatan, disiplin, dan lain-lain

-

Pembangunan sumber manusia, yang terdiri daripada latihan, pembangunan kerjaya, penilaian prestasi, dan lain-lain

 


* Pentadbiran pejabat-pejabat serantau adalah termasuk di dalam tugas-tugas Pentadbiran dan Bahagian Kewangan.

 

 

ii) Seksyen Perancangan dan Pembangunan

 

-

Merancang, melaksanakan dan melaporkan kajian alam sekitar.

-

Merancang, melaksanakan, memantau dan menyediakan laporan bagi projek berkaitan alam sekitar yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.

-

Merumus halatuju atau gol alam sekitar dan standard, konsisten dengan dasar kerajaan yang sedia ada, relevan dengan agenda pembangunan, serta MEA (Multi-lateral Environmental Agreements) yang relevan.

 

 

iii) Seksyen Peraturan Alam Sekitar

 

-

Memproses laporan kajian impak alam sekitar (EIA) dan laporan alam sekitar yang lain.

-

Menilai dan menggubal garis panduan alam sekitar.

-

Memproses dan mengeluarkan Permit Pembakaran Terbuka.

-

Memproses permohonan bagi pendaftaran juruperunding alam sekitar.

-

Memberi maklumat tentang isu-isu alam sekitar dalam pelbagai kumpulan dan jawatankuasa baik di peringkat negeri dan kebangsaan.

 

 

iv) Seksyen Pematuhan dan Penguatkuasaan

 

-

Melakukan pemantauan pasca EIA (Post-EIA) dan audit pematuhan.

-

Melakukan rondaan awam dan tinjauan udara terhadap pembakaran terbuka, pelupusan sampah secara haram dan lain-lain sumber pencemaran.

-

Menilai laporan pemantauan alam sekitar dan laporan audit untuk projek-projek diwajibkan EIA serta mengadakan tindakan susulan.

-

Menyiasat aduan awam yang berkaitan dengan isu alam sekitar.

-

Penguatkuasaan undang-undang mengikut Ordinan, Peraturan dan Arahan.

-

Melaksanakan tindakan undang-undang terhadap pesalah yang merosakkan alam sekitar.

 

 

v) Seksyen Pendidikan Alam Sekitar dan Publisiti

 

-

Merancang dan melaksanakan pendidikan alam sekiktar dan program kesedaran.

-

Menubuhkan kelab pencinta alam sekitar di peringkat sekolah (Kelab Pencinta Alam Sekitar atau PALS).

-

Mengadakan dialog alam sekitar, seminar, bengkel dan pameran.

-

Mempromosikan penglibatan sektor swasta kearah komitmen terhadap perlindungan alam sekitar melalui penganugerahan dan pengiktirafan.

-

Mengadakan hubungan masyarakat melalui akhbar dan media kearah kesedaran yang lebih bermakna dan hubungan lebih baik dengan pemegang-pemegang amanah.

 

 

vi) Seksyen Pemantauan dan Laporan

 

-

Kumpul, mengumpul, menganalisis, mentafsir dan melaporkan tahap kualiti air bagi sungai-sungai utama dan kawasan-kawasan tadahan yang terdapat di Sarawak.

-

Membangunkan, menyelaras dan mengemaskini Sistem GeoEnviron.

-

Membangunkan dan mengemaskini Sistem Maklumat Tapak Pelupusan Sampah untuk negeri Sarawak.

-

Pemantauan kualiti udara dan jerebu di Sarawak.

 

 

Quick Link