Berdasarkan Seksyen 5 Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar 1993 (NREO, 1993)
|
Menentukan mod dan cara di mana eksploitasi dan penggunaan sumber alam di dalam negeri tidak akan merosakkan, mencemarkan atau menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar; |
|
Menentukan dan mengambil langkah-langkap yang sewajarnya, termasuk mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa berkaitan dengan alam sekitar atau orang awam untuk mengelakkan, mengurangkan atau menghentikan pencemaran air di sungai atau di kawasan tadahan air; |
|
Mengawal, menghenti, atau melarang pemusnahan hutan demi untuk perlindungan sumber alam, sungai dan unsur-unsur alam sekitar yang lain; |
|
Bekerjasama dan menjadi perwakilan ke Majlis Alam Sekitar Kebangsaan atau Kementerian-kementerian yang relevan di peringkat persekutuan bagi menentukan standard kawalan alam sekitar dan penguatkuasaan peraturan yang relevan; |
|
Menyediakan peraturan, garis panduan dan halatuju bagi perlindungan dan memperbaiki kualiti alam sekitar yang berkaitan dengan penggunaan tanah, perlindungan sumber bekalan air, eksploitasi kehidupan akuatik & tumbuhan di sungai dan tepi pantai, dan hal-hal lain di bawah kuasa dan perundangan negeri; |
|
Memberi pendidikan dan maklumat kepada orang awam mengenai perlindungan dan memperbaiki kualiti alam sekitar; dan |
|
Mengarah pihak berkuasa berkaitan dengan alam sekitar dan orang awam untuk melakukan pemantauan dan audit alam sekitar bagi setiap aktiviti yang ditetapkan. |