"Selamat datang ke Laman Web Rasmi NREB Sarawak"

 

Untuk permulaan, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh NREB pada dua dekad yang lalu dalam memelihara dan meningkatkan kualiti alam sekitar negeri Sarawak. Terima kasih juga kepada agensi-agensi kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan, sektor korporat dan media tempatan yang turut serta bersama-sama NREB melaksanakan tanggungjawab dalam meningkatkan kesedaran alam sekitar di negeri Sarawak.

Seperti yang kita sedia maklum, Sarawak telah bersedia untuk menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2030. Seiring dengan pembangunan mampan, tidak dinafikan akan muncul isu-isu alam sekitar yang lebih kompleks. Untuk mengawal masalah ini atau mengatasi isu-isu alam sekitar di masa hadapan, semua pihak bersama NREB harus bertanggungjawab melestarikan pemuliharaan alam sekitar.

Laman Web Rasmi NREB ini bertujuan untuk memberi maklumat terkini alam sekitar dan inisiatif lestari pemuliharaan alam sekitar di negeri Sarawak. Kami sentiasa mengemaskini laman web kami untuk menjadikan ia lebih mesra pengunjung. Selain itu, kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas dan cadangan untuk meningkatkan kualiti laman web kami dan penyampaian perkhidmatan kami.

Bersama-sama kita melindungi alam sekitar kita untuk manfaat generasi hari ini dan masa akan datang.

Terima kasih.

"Sedia Berkhidmat"

JUSTINE JOK JAU EMANG
Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak

Januari 2019

Quick Link