[+] 1. Siapa kami ?Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak telah ditubuhkan pada 1 Februari 1994 di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar, 1993 (Bab 84 - Undang-Undang Sarawak). NREB ditugaskan dengan tanggungjawab untuk melindungi dan menguruskan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli negeri Sarawak berdasarkan prinsip-prinsip pembangunan mampan. Objektif utama NREB adalah untuk melindungi dan meningkatkan kualiti alam sekitar Negeri, ke arah mencapai pembangunan mampan dan seimbang di Sarawak. Pelanggan kami adalah jabatan-jabatan kerajaan, juru perunding EIA, pemaju projek, agensi-agensi berkaitan dan orang awam. [+] 2. Apakah itu Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) ?EIA adalah satu kajian yang boleh digunakan sebagai alat perancangan, untuk meramalkan kerosakkan alam sekitar oleh pembangunan yang dicadangkan. EIA menyediakan mekanisme untuk tindakan pencegahan dan menggariskan cara-cara untuk menambahbaik projek terhadap alam sekitar. [+] 3. Apakah tujuan EIA ?EIA memastikan masalah-masalah kesan alam sekitar yang berpotensi diramalkan dan ditangani di peringkat awal dalam perancangan projek. Dalam hal ini, ia menjadi alat perancangan reka bentuk projek untuk mencegah bencana alam sekitar dan akibatnya, untuk mengelakkan kesilapan dalam pelaksanaan projek nanti.
EIA adalah satu proses yang penting dalam menentukan projek di peringkat akhir. Ia membantu pemaju projek untuk mencapai matlamat dengan lebih berjaya kerana: i. Satu projek yang telah direka untuk disesuaikan dengan persekitaran setempat akan lebih cenderung untuk disiapkan pada masa dan dalam bajet, dan mungkin untuk mengelakkan masalah disepanjang pembangunan projek; ii. Satu projek yang memelihara sumber-sumber semula jadi akan terus memelihara alam sekitar setempat untuk tahun mendatang dan iii. Satu projek yang menghasilkan manfaat tanpa menyebabkan masalah yang serius akan cenderung untuk membawa kredit dan pengiktirafan kepada pemaju projek. [+] 4. Apakah polisi keperluan EIA di Sarawak ?Seksyen 11A (1) - Sumber Asli dan Alam Sekitar (Pindaan) 1994 menetapkan keperluan berkanun bagi EIA untuk aktiviti pembangunan di Sarawak yang mempunyai kesan ke atas alam sekitar di negeri ini. [+] 5. Apakah itu Peraturan (Aktiviti yang Ditetapkan) Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar, 1994 ?Peraturan ini menyenaraikan aktiviti-aktiviti atau projek-projek yang ditetapkan yang mewajibkan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dibuat dan dihantar ke NREB untuk tujuan penilaian dan kelulusan. [+] 6. Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tidak dinyatakan
sila hubungi kami sama ada melalui telefon +6082-447 488/319 500 atau email kami: webmasternreb@nreb.gov.my