EN  | BM
Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
 
 
 
 
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | PDPA
Best viewed using the latest version of Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome and Safari with resolution 1280x768 pixels and above.
Copyright All Right Reserved © 2016 Natural Resources and Environment Board Sarawak

www.nreb.gov.my/pages.php?mod=feedback_form&menu_id=0&sub_id=29   facebook.com/nreb.sarawak   twitter.com/nreb_sarawak   RSS

Last Update: 17 Nov 2017
Version 8.0.2c
 
"Pencinta Alam Sekitar" (PALS) Club"Pencinta Alam Sekitar" (PALS) Club

(Bahasa Malaysia only)

KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR (PALS) DAN PANDUAN MENULIS KERTAS CADANGAN

 

1.0 LATAR BELAKANG

 

Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) merupakan salah satu program pendidikan alam sekitar yang dijalankan secara berterusan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Ia telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak pada masa itu, iaitu YB Datuk Amar James Wong Kim Min, yang juga merupakan pencetus idea penubuhan kelab ini. Bermula dengan hanya 74 buah Kelab PALS sebagai ahli perintis pada tahun 1999 (44 buah sekolah rendah dan 30 buah sekolah menengah), kini keahliannya telah mencecah sebanyak 342 buah sekolah di seluruh Sarawak.

 

Sekolah-sekolah yang menyertai Kelab PALS diberi kelonggaran untuk mengadakan aktiviti-aktiviti dan projek kelab masing-masing dengan memfokuskan kepada usaha menjaga dan memulihara alam sekitar. Kelab ini berakar umbi sebagai penggerak bagi membantu para pelajar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan alam sekitar.

 

1.1 Matlamat Kelab PALS

 

Kelab PALS menekankan “kesedaran”, “kecintaan”, dan “amalan yang baik” (Aware, Love, Practice) terhadap alam sekitar. Oleh itu, matlamat penubuhan Kelab PALS adalah untuk menyemai kesedaran atau rasa prihatin dan cinta alam sekitar di kalangan para pelajar dan seterusnya menggalakkan tindakan positif mereka bagi melindungi dan meningkatkan kualiti alam sekitar.

 

1.2 Objektif Penubuhan Kelab PALS

 

i.

Menyediakan struktur organisasi bagi para pelajar mendalami minat mereka dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

ii.

Menggalak dan menunjuk arah kepada para pelajar tentang jenis aktiviti yang boleh dilakukan oleh mereka dalam menanam semangat cintakan alam sekitar;

iii.

Menyatukan pendidikan alam sekitar ke dalam sistem pendidikan negeri melalui aktiviti ko-kurikulum ; dan

iv.

Meningkatkan tahap kesedaran dan rasa tanggungjawab para pelajar serta warga sekolah terhadap pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar.

 

2.0 FAEDAH DAN KEBAIKAN KEPADA SEKOLAH YANG MENYERTAI KELAB PALS

 

Banyak faedah dan kebaikan dapat dinikmati dan diperolehi, seperti:

 

i.

Guru dan pelajar berpeluang untuk mengikuti program pendidikan alam sekitar anjuran NREB atau agensi-agensi alam sekitar berkaitan seperti bengkel Kelab PALS, Train-The-Trainers, program Eco-Camp (khemah alam sekitar), ceramah dan pameran alam sekitar;

ii.

Sekolah berpeluang untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan alam sekitar, misalnya poster, risalah, dsb, dari NREB atau agensi-agensi alam sekitar yang berkaitan;

iii.

Sekolah mempunyai peluang untuk mendapatkan bantuan seperti khidmat nasihat teknikal tentang projek alam sekitar yang dijalankan di sekolah;

iv.

Sekolah mempunyai lebih peluang untuk menyertai dan memenangi pertandingan atau anugerah alam sekitar, misalnya Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI), Anugerah Sekolah Lestari dan lain-lain pertandingan yang dianjurkan dari semasa ke semasa; dan

v.

Sekolah yang menubuhkan Kelab PALS mewujudkan persekitaran yang sihat, ceria dan kondusif untuk proses pengajaran-pembelajaran dan kesejahteraan warganya.

 

3.0 PEMILIHAN AKTIVITI ATAU PROJEK YANG SESUAI

 

Mengambil keputusan dalam memilih aktiviti-aktiviti atau projek adalah merupakan langkah pertama dalam perlaksanaan aktiviti Kelab PALS. Disarankan agar aktiviti-aktiviti yang dipilih adalah praktikal dan sesuai dengan persekitaran sekolah. Berikut adalah panduan untuk mengenalpasti projek yang boleh dijalankan:

 

Mengenalpasti masalah alam sekitar di sekolah

Bincang dan hasilkan satu pelan tindakan

Melancarkan pelan tindakan tersebut

Menilai keberkesanan pelan tindakan

Pamerkan peringatan atau kata-kata semangat untuk meneruskan budaya/amalan pelan tindakan yang telah dilaksanakan

Amalkan tabiat yang baik dan mesra alam selalu

 

Antara perkara yang perlu juga dipertimbangkan adalah:

 

Matlamat aktiviti/ projek (apa yang hendak dicapai);

Bilangan ahli dalam kelab;

Masa yang perlu untuk melaksanakan sesuatu projek/ aktiviti;

Mematuhi peraturan dan garis panduan di sekolah;

Jangka masa yang perlu untuk menyelesaikan sesuatu projek (tarikh siap);

Bajet atau jumlah peruntukan kewangan yang diperlukan; dan

Faedah yang diperolehi dari aktiviti/ projek tersebut.

 

4.0 PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN AKTIVITI KELAB PALS

 

Kertas cadangan aktiviti harus mempunyai maklumat seperti berikut :

 

a) Muka Depan :

b) Isi Kandungan :

i.

Nama sekolah

i.

Tema Alam Sekitar yang berkaitan

ii.

Nama guru pembimbing Kelab PALS

ii.

Objektif

iii.

No. telefon sekolah

iii.

Jumlah penyertaan

iv.

No. telefon guru pembimbing

iv.

Lokasi dan maklumat tentang aktiviti

 

 

v.

Tentatif program / Gantt Chart

 

 

vi.

Jumlah geran yang dipohon dan maklumat tentang cadangan penggunaan geran

 

*Kertas cadangan yang lengkap harus disertakan dengan Borang Permohonan Geran Kelab PALS dan dihantar kepada pihak NREB

 

5.0 PEMANTAUAN

 

Pihak NREB akan memantau perlaksanaan aktiviti / program bagi geran yang diluluskan untuk memastikan keberkesanan aktiviti / program serta memberi khidmat nasihat teknikal yang sewajarnya. Pentadbiran sekolah akan dimaklumkan secara rasmi tentang lawatan pemantauan ini.

 

6.0 KESIMPULAN

 

Dengan adanya penubuhan Kelab PALS, adalah diharapkan aktiviti-aktiviti kelab sentiasa berterusan untuk memberi faedah yang optima terhadap warga sekolah bagi melahirkan generasi yang mesra alam yang seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam mengurus alam sekitar dan konservasi sumber asli ke arah pembangunan mapan di negeri Sarawak.

 

> Muat Turun Borang Pendaftaran Keahlian Kelab PALS