EN  | BM

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | PDPA

 

Best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome. Screen resolution 1280x768 pixels and above.

Copyright All Right Reserved © 2016 Natural Resources and Environment Board Sarawak

online visitor Online Visitors 67
total visitor Total Visitors 2,077,307
Last Update: 15 Oct 2018
Version 8.1.2
Water catchment over Bukit Canada are feared to be affected by landslides
Posted on : 11 Jan 2018  Source of News: Utusan Borneo Online
 

(in bahasa Malaysia only)

oleh Steve Annuar

MIRI: Kawasan tadahan air di atas Bukit Kanada antara lokasi dikenalpasti akan turut terjejas oleh gelongsoran tanah yang berlaku sejak hampir seminggu. Pemantauan udara menggunakan dron oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) mendapati tanda-tanda kejadian susur tanah telah berlaku dikawasan tampungan air semulajadi itu.

Gelongsoran tanah didapati berlaku di kawasan cerun curam bersudut lebih 90 darjah yang dikhuatiri akan mengakibatkan kejadian tanah runtuh melibatkan kawasan besar. Pemantauan dron telah dilakukan sejak 6 Januari lalu untuk meninjau kejadian gelongsoran tanah di keseluruhan kawasan bukit itu. Pengawasan turut melibatkan dua kampung utama iaitu kampung Haji Wahed yang terletak di atas bukit dan kampung Lereng Bukit.

Penduduk risau susulan gelonsoran tanah lebih serius akan berlaku kesan hujan berterusan yang kerap pada waktu malam. Petang tadi, Pegawai Jurusains dari cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Zaidi Daud telah dibawa melawat lokasi tanah runtuh dikawasan cerun di kampung Lereng Bukit. Dua lokasi lain ialah cerun bukit laluan ke Muzium Petroleum dan cerun berdekatan bangunan RTM.

Pada 6 Januari lalu, enam keluarga terdiri dari 20 orang yang mendiami kawasan cerun bukit telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di dewan serbaguna kampung Lereng Bukit. Bomba dan Penyelamat antara agensi pertama yang mengambil tindakan memindahkan mangsa ke pusat. Tiada kecederaan dilaporkan. Kesemua mangsa hanya dibenarkan berlindung di pusat sehingga Ahad ini dan diarahkan menetap di tempat lain.

“Kita berharap akan ada penyelesaian kekal untuk mengatasi masalah ini, “demikian jelas Datuk Bandar, Adam Yii. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri meminta JKR untuk melakukan kajian menyeluruh lengkap di Bukit Kanada bukan hanya tertumpu di kawasan terjejas.