EN  | BM

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | PDPA

 

Best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome. Screen resolution 1280x768 pixels and above.

Copyright All Right Reserved © 2016 Natural Resources and Environment Board Sarawak

online visitor Online Visitors 68
total visitor Total Visitors 2,090,739
Last Update: 20 Oct 2018
Version 8.1.2
Change the bad habit of environmental destruction: Len Talif
Posted on : 08 Sep 2017  Source of News: Utusan Borneo
 

(Bahasa Malaysia only)

oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Amalkan amalan kitar semula, elak bazir makanan, buang sampah di tempat pelupusan sesuai

BINTULU: Masyarakat perlu mengubah budaya dan amalan buruk yang boleh memusnahkan alam sekitar melalui pendekatan kitar semula, mengelak pembaziran makanan serta membuang sampah di tempat pelupusan yang sesuai.

Menteri Muda Perancangan Bandar, PentadbiranTanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, kitar semula merupakan amalan sangat penting dipraktik dalam kehidupan seharian bagi mengurangkan bahan buangan, mengurang penggunaan bahan mentah baharu, tenaga, pencemaran termasuk pengeluaran gas rumah hijau.

“Namun persoalannya, sejauh mana amalan kitar semula ini dipraktik masyarakat kita hari ini? Adakah mencapai matlamat dan meningkat dari tahun ke tahun? Jika tidak sesuatu perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Program (Petronas Chemicals Group Berhad) PCG Be Green 2017 anjuran PCG dengan kerjasama Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) di Dewan Dinner World Bintulu Sentral lewat petang kelmarin.

Turut hadir Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF) Sdn Bhd Lucas Takip, Pengurus Besar Operasi Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) Bita Ata; Pegawai Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Bintulu Sinanawati Marto dan Penolong Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu Yusuf Harbi.

Len menjelaskan, tahap kesedaran masyarakat mengenai kitar semula masih lagi rendah berdasarkan timbunan sampah yang dilupus di tapak pelupusan sampah setiap hari.

Justeru katanya, terdapat keperluan mendidik rakyat serta mengubah gaya hidup serta perubahan minda mengenai kepentingan mengurang bahan buangan menerusi kaedah kitar semula dan penggunaan semula bagi memelihara alam sekitar.

“Rakyat Malaysia harus mengikuti langkah penduduk di negara maju apabula amalan kitar semula menjadi satu cara hidup.Mungkin dalam enam tahun kita lihat dari segi perubahannya dalam penggunaan bahan terbuang,” ujarnya.

Begitupun katanya, jumlah timbunan sampah setiap hari semakin meningkat sehingga lapan tan makanan di begitu sahaja di negara ini dan bayangkan keadaannya untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang sekiranya tabiat ini tidak diubah.

Beliau berkata, kerajaan perlunya mencari tempat sesuai untuk membuang sisa buangan serta menerapkan budaya mengguna bahan mentah secara berhemah dari sekarang.

Terdahulu, Ketua Jabatan Direktorat Projek PCG Mohamad Iskandar Bakeri berkata sejak 2013, PCG melalui ASEAN Bintulu Fertilizer Sdn Bhd (ABF) mula menganjur Kempen 3R (Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula) di Bintulu untuk mewujud kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan kitar semula bahan plastik, kertas, kaca dan aluminium.

Katanya, kempen itu dipergiat lagi pada 2015 yang mana PCG melancar Program `Be Green’ lebih komprehensif dan tidak hanya tertumpu kepada 3R sahaja melalui pelbagai aktiviti bahkan berusaha mendidik kakitangan PCG dan pelajar sekolah dalam usaha lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta menyumbang kepada pengurusan sisa buangan betul sekali gus mengurangkan pelepasan karbon sebanyak lima peratus.