EN  | BM

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | PDPA

 

Best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome. Screen resolution 1280x768 pixels and above.

Copyright All Right Reserved © 2016 Natural Resources and Environment Board Sarawak

online visitor Online Visitors 82
total visitor Total Visitors 2,080,267
Last Update: 16 Oct 2018
Version 8.1.2
RM8 million study the capacity of river pollution
Posted on : 07 Sep 2017  Source of News: Utusan Borneo
 

(Bahasa Malaysia only)

oleh Patricia Gari

KUCHING:Kerajaan negeri memperuntukkan RM8 juta kepada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) untuk melakukan kajian kapasiti pembawaan pencemaran ke atas enam sungai di Sarawak.

Kontroler NREB Peter Sawal berkata ia merupakan projek perintis melibatkan Batang Kemena, Batang Sadong, Batang Oya, Batang Mukah, Batang Baram dan Batang Lassa. Beliau berkata objektif kajian itu ialah mencadangkan sasaran polisi untuk sungai-sungai dikaji serta strategi-strategi untuk mencapai kualiti yang disasarkan.

Strategi-strategi itu kata-nya, akan melibatkan penguatkuasaan ketat undang-undang, pemulihan dan mengkaji semula peraturan sedia ada supaya tidak ada aktiviti dilakukan di kawasan tadahan di Sarawak. “Sebagai contoh jika Su-ngai Tabuan (Sungai Sarawak Kiri) dikaji, NREB tidak meng-harapkan ia dapat dipulih kepada Kelas ‘A’ tetapi Kelas ‘2B’ boleh dicapai tetapi untuk mencapainya dasar atau perancangan perlu ada bagi memastikan tiada aktiviti dijalankan di kawasan ini,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Mengulas lanjut, Peter berkata kajian itu akan diperluaskan ke sungai-sungai lain di seluruh negeri dan untuk jangka panjang NREB akan melaksanakan program, strategi pemulihan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang. Mengenai 18 sungai yang merupakan sumber air mentah di negeri ini yang di-klasifikasikan sebagai separa tercemar, Peter berkata kebanyakan sungai di Sarawak masih boleh digunakan sebagai sumber air mentah tetapi perlu dirawat terlebih dahulu.

“Ketika ini NREB memantau kualiti air 50 sungai utama di seluruh negeri menerusi Program Pemantauan Kualiti Air Sungai,” katanya. Selain itu ujarnya, pemaju mesti melakukan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk semua jenis aktiviti yang disenaraikan di bawah Sumber Asli dan Alam Sekitar (Aktiviti-Aktiviti Ditetapkan).

Menerusi kaedah itu kata-nya, NREB boleh mengambil langkah-langkah mitigasi sepatutnya dan menyediakan garis panduan kepada pemaju untuk dipatuhi bagi memasti-kan impak-impak pembangunan yang dilakukan dapat dikurangkan.

“Sebagai tambahan, pemaju menerusi konsultan dipilih mereka perlu mengemuka-kan laporan pemantuan alam sekitar suku tahunan (EMR) berhubung status pematuhan mereka terhadap syarat-syarat kelulusan EIA dan status kualiti air sungai dengan kawasan pembangunan mereka,” tegasnya. Dalam Laporan Ketua Audit Negara (KAN) Siri 1 2016, terdapat 18 sungai yang merupakan sumber air mentah negeri dalam keadaan separa tercemar.

Ekoran itu Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg meng-arahkan agensi-agensi bertanggungjawab di negeri ini mengambil langkah sewajar-nya untuk meningkatkan kualiti air di kawasan tadahan di negeri ini. Ujarnya, langkah itu pen-ting bagi memastikan air bersih dibekalkan kepada penduduk yang tinggal di luar bandar dan pedalaman Sarawak.