slide_59814e78f20d3.jpgslide_5940aa6109b03.jpgslide_58ef8748d5dee.jpgslide_58ef8727302e9.jpgslide_58ef86f37eeee.jpgslide_58c8f1e0db3f7.jpgslide_58f2e098e316f.jpgslide_58f2e2dfd7768.jpg
Proposal to gazette Bukit Kanada as 'Green Lung' of Miri
Posted on : 13 Jan 2018  Source of News: Utusan Borneo Online
 

(in bahasa Malaysia only)

MIRI: Kawasan Bukit Kanada akan dicadang untuk diwartakan sebagai kawasan simpan atau dikenali sebagai ‘Green Lung’ bagi bandar raya Miri. Itu antara langkah jangka panjang yang dicadang Pejabat Residen Bahagian Miri untuk membendung kejadian tanah runtuh di kawasan bukit tersebut sejak kebelakangan ini.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata pelbagai langkah telah dan akan diambil selepas mendapat pandangan profesional daripada pakar bagi mengelak kejadian tanah runtuh berulang kembali. “Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) digesa agar pemantauan menggunakan dron dilakukan dengan kerap agar dapat membendung aktiviti yang tidak mendapat kelulusan di kawasan Bukit Kanada.

“Kawasan berisiko tinggi akan dikenal pasti serta program dan perancangan yang sesuai akan dibuat,” katanya semasa taklimat rumusan tinjauan ke kawasan tanah runtuh oleh JKR Malaysia dan GeoSains di Pejabat Residen, Kompleks Islam Sarawak di sini semalam. Turut hadir Residen Bahagian Miri Sherrina Hussaini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia Zaidi Daud berkata pihaknya akan membuat laporan lengkap sebelum dikemukakan kepada Pejabat Residen Miri. “Untuk langkah jangka pendek, JKR Malaysia akan menghantar satu pasukan kesedaran awam ke sini (Miri) dan dijangka paling awal Isnin depan untuk membuat taklimat kepada penduduk yang tinggal di kawasan lereng dan atas bukit.

“Taklimat seumpama ini penting agar penduduk yang tinggal di kawasan berpotensi terjadi tanah runtuh mendapat kesedaran awal langkah yang perlu diambil dengan segera jika ia berlaku,” katanya.