EN  | BM
Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
 
 
 
 
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | PDPA
Best viewed using the latest version of Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome and Safari with resolution 1280x768 pixels and above.
Copyright All Right Reserved © 2016 Natural Resources and Environment Board Sarawak

www.nreb.gov.my/pages.php?mod=feedback_form&menu_id=0&sub_id=29   facebook.com/nreb.sarawak   twitter.com/nreb_sarawak   RSS

Last Update: 24 Aug 2017
Version 8.0.2
 
Abang Johari wants an improved water catchment area
Posted on : 02 Aug 2017  Source of News: Utusan Borneo Online
 

(Bahasa Malaysia only)

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengarahkan kepada pihak berkuasa bekalan air atau jabatan berkaitan meningkatkan kawalan kawasan tadahan air bagi mengelakkan pencemaran.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 yang mahu pihak berkuasa air negeri ini meningkatkan kerjasama dengan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi penyelesaian terhadap 18 sungai yang menjadi sumber air mentah negeri yang dikategorikan separa tercemar.

“Saya akan meminta jabatan bekalan air melihat perkara ini dan meningkatkan lagi kawalan kawasan tadahan supaya ia tidak tercemar. “Kita akan meneliti perkara ini dan saya akan arahkan jabatan meningkatkan lagi kawalan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Bandaraya Kuching Ke-29 di Stadium Perpaduan di sini, semalam.

Ditanya mengenai pandangan beliau terhadap laporan audit dalam aspek lain, Abang Johari berkata beliau perlu melihat dan meneliti laporan dengan lebih menyeluruh lagi. “Saya belum melihat semua laporan ini secara menyeluruh dan hanya berkenaan tadahan air sahaja,” tegasnya.

Sementara itu laporan audit berkenaan turut mengemukakan syor supaya pihak berkaitan mewartakan kawasan tadahan air yang dikenal pasti dengan segera bagi mengelak sebarang aktiviti dilarang dijalankan di kawasan tersebut.

“Pihak berkuasa air negeri hendaklah menjalankan penguatkuasaan terhadap aktiviti terlarang di kawasan tadahan air yang diwartakan dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dan Jabatan Hutan Sarawak,” menurut laporan itu yang dibentangkan di Parlimen kelmarin.

Menurut laporan itu berdasarkan Environment Quality Report oleh Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sarawak, kualiti air daripada 18 sungai dikategorikan sebagai separa tercemar dan memerlukan rawatan lanjut, manakala 58 kawasan tadahan air dikenal pasti masih belum diwartakan menyebabkan tindakan penguatkuasaan, pemantauan dan pemulihan tidak dapat dilaksanakan.

Setakat akhir 2016, Pihak berkuasa bekalan air negeri mengenal pasti terdapat 90 kawasan tadahan air dan 105 Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh Sarawak, dengan keluasan 158,591 km persegi.

Aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan didapati tidak mencukupi bagi mengawasi aktiviti yang dilarang daripada dijalankan dalam lingkungan lapan kilometer dari muka sauk, kata laporan itu.

Menurut laporan itu, kapasiti LRA bagi bandar Limbang, Kuching, Samarahan serta Bintulu, didapati tidak mencukupi berbanding permintaan air pada masa kini, manakala kapasiti LRA Batu Kitang bagi kawasan Kuching serta sebahagian bahagian Samarahan pula dijangka menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan air bersih pada 2020.