EN  | BM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | PDPA

 

Sesuai dipaparkan dengan Mozila Firefox dan Google Chrome. Resolusi 1024 x 768 pixels dan ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2016 Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak

online visitor Pelawat Di Talian 66
total visitor Jumlah Pelawat 2,021,225
Kemaskini Pada: 24 Sept 2018
Versi 8.1.1a
LatarbelakangLatarbelakang

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak telah ditubuhkan pada 1 Februari 1994 mengikut Seksyen 3 ( 1) Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar, 1993 (Bab 84 - Undang-Undang Sarawak).

NREB ditugaskan dengan tanggungjawab untuk melindungi dan menguruskan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli berdasarkan prinsip-prinsip pembangunan mampan.

Diskripsi dan Maksud Logo

Logo Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak menunjukkan tangan yang memegang elemen-elemen asas kewujudan kehidupan.

Air dan tumbuhan bermaksud aspek penting berkaitan dengan fungsi Lembaga untuk meningkatkan dan melindungi kualiti alam sekitar semulajadi di Sarawak.

Warna biru menandakan langit dan air yang bersih manakala warna hijau menandakan spesies tumbuhan hijau dan pokok. Lapisan kuning pula membawa maksud negeri Sarawak yang kaya dengan sumber asli.


Penubuhan Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak

Berikutan sidang kemuncak dunia mengenai pembangunan mampan atau "World Summit on Sustainable Development (WSSD)" yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengubal undang-undang "Natural Resources and Environment (Amendment) Ordinance, 1993 (Cap. 84 - Laws of Sarawak)". Bersesuaian dengan Perkara 3 (1) undang-undang tersebut, maka Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (dahulunya Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Sarawak) telah ditubuhkan pada 1 Februari 1994, yang bertanggungjawab untuk melindungi dan menguruskan alam sekitar serta sumber asli di negeri Sarawak.

Objektif NREB

Objektif utama NREB adalah untuk melindungi dan meningkatkan kualiti alam sekitar untuk mencapai pembangunan mampan dan seimbang di negeri Sarawak.

Pelanggan NREB

Pelanggan-pelanggan NREB adalah jabatan-jabatan kerajaan, perunding-perunding EIA, pemaju-pemaju projek, agensi-agensi berkaitan dan orang awam atau masyarakat umum.