EN  | BM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | PDPA

 

Sesuai dipaparkan dengan Mozila Firefox dan Google Chrome terkini. Resolusi paparan 1024 x 768 pixels dan ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2016 Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak

online visitor Pelawat Di Talian 87
total visitor Jumlah Pelawat 1,924,845
Kemaskini Pada: 21 Ogos 2018
Versi 8.1.0
Aktiviti Utama & PerkhidmatanAktiviti Utama & Perkhidmatan

i) Seksyen Pentadbiran, Sumber Manusia & Kewangan

- Pentadbiran Am yang terdiri daripada: pengendalian mel, fail dan pengurusan/penyelenggaraan aset dan kemudahan pejabat.
- Belanjawan dan kewangan, termasuk penyediaan belanjawan tahunan, pembelian barangan dan perkhidmatan.
- Perakaunan, termasuk penyediaan akaun tahunan, pengeluaran invois, pembayaran bil, pendaftaran amaun yang diterima, dan simpan kira.
- Prosedur norma, prosedur yang terdiri daripada prestasi untuk organisasi. Pada masa ini, beberapa prosedur dalam NREB adalah menurut persijilan ISO dan lain-lain yang ditetapkan dari masa kesemasa.
- Pengurusan Sumber Manusia, yang terdiri daripada gaji dan faedah, rekod kakitangan, pengambilan, rekod perkhidmatan, disiplin, dan lain-lain
- Pembangunan sumber manusia, yang terdiri daripada latihan, pembangunan kerjaya, penilaian prestasi, dan lain-lain
  * Pentadbiran pejabat-pejabat serantau adalah termasuk di dalam tugas-tugas Pentadbiran dan Bahagian Kewangan.

 

ii) Seksyen Perancangan dan Pembangunan

- Merancang, melaksanakan dan melaporkan kajian alam sekitar.
- Merancang, melaksanakan, memantau dan menyediakan laporan bagi projek berkaitan alam sekitar yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.
- Merumus halatuju atau gol alam sekitar dan standard, konsisten dengan dasar kerajaan yang sedia ada, relevan dengan agenda pembangunan, serta MEA (Multi-lateral Environmental Agreements) yang relevan.

 

iii) Seksyen Perundangan Alam Sekitar

- Memproses laporan kajian impak alam sekitar (EIA) dan laporan alam sekitar yang lain.
- Menilai peraturan berkaitan alam sekitar, undang-undang dan garis panduan yang sedia ada dan mengubal yang baru.
- Memproses dan mengeluarkan Permit Pembakaran Terbuka Bersyarat.
- Memproses permohonan bagi pendaftaran juruperunding alam sekitar, juruaudit alam sekitar dan makmal.
- Memberi maklumat tentang isu-isu alam sekitar dalam pelbagai kumpulan dan jawatankuasa baik di peringkat negeri dan kebangsaan.

 

iv) Seksyen Pematuhan dan Penguatkuasaan

- Melakukan pemantauan pasca EIA (Post-EIA) dan audit pematuhan.
- Melakukan rondaan awam dan tinjauan udara terhadap pembakaran terbuka, pelupusan sampah secara haram dan lain-lain sumber pencemaran.
- Menilai laporan pemantauan alam sekitar dan laporan audit untuk projek-projek diwajibkan EIA serta mengadakan tindakan susulan.
- Menyiasat aduan awam yang berkaitan dengan isu alam sekitar.
- Penguatkuasaan undang-undang mengikut Ordinan, Peraturan dan Arahan.
- Melaksanakan tindakan undang-undang terhadap pesalah yang merosakkan alam sekitar.

 

v) Seksyen Pendidikan Alam Sekitar dan Publisiti

- Merancang dan melaksanakan pendidikan alam sekiktar dan program kesedaran.
- Menubuhkan kelab pencinta alam sekitar di peringkat sekolah (Kelab Pencinta Alam Sekitar atau PALS).
- Mengadakan dialog alam sekitar, seminar, bengkel dan pameran.
- Mempromosikan penglibatan sektor swasta kearah komitmen terhadap perlindungan alam sekitar melalui penganugerahan dan pengiktirafan.
- Mengadakan hubungan masyarakat melalui akhbar dan media kearah kesedaran yang lebih bermakna dan hubungan lebih baik dengan pemegang-pemegang amanah.

 

vi) Seksyen Pemantauan dan Laporan

- Kumpul, mengumpul, menganalisis, mentafsir dan melaporkan tahap kualiti air bagi sungai-sungai utama dan kawasan-kawasan tadahan yang terdapat di Sarawak.
- Membangunkan, menyelaras dan mengemaskini Sistem GeoEnviron.
- Membangunkan dan mengemaskini Sistem Maklumat Tapak Pelupusan Sampah untuk negeri Sarawak.
- Pemantauan kualiti udara dan jerebu di Sarawak.